PASUKAN penyiasatan bagi kes dana RM2.6 bilion yang dikaitkan dengan Najib Razak berkata individu didakwa sebagai putera raja Arab Saudi tidak dapat memberi bukti berhubung dakwaan derma tersebut.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Shukri Abdull berkata dakwaan berhubung saluran derma kepada bekas perdana menteri itu sepatutnya disokong dengan bukti dokumen perbankan.
“Beliau tidak dapat memberikan bukti,” kata Shukri dalam sidang media khas di ibu pejabatnya SPRM hari ini
Pasukan penyiasatan kes dana RM2.6 bilion dalam akaun Najib Razak berkata individu didakwa sebagai putera raja Arab Saudi itu tidak dapat memberi bukti berhubung dakwaan derma tersebut.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shukri Abdull berkata dakwaan berhubung saluran derma kepada bekas perdana menteri itu sepatutnya disokong dengan bukti dokumen perbankan.
“(SPRM jumpa) putera raja yang diragui ini di Arab Saudi. Dia mengaku ‘saya derma kepada PM kamu’.
“Tapi bila kita tanya, ‘mana dokumen sokongan, penyata bank dan segala-galanya’, dia tidak boleh berikan,” kata Shukri dalam sidang media khas di ibu pejabat SPRM hari ini.
Susulan itu, beliau juga memohon kerjasama perundangan kepada peguam negara waktu itu, Abdul Gani Patail untuk meneruskan kes tersebut.
“Kita perlukan bukti, kita perlukan dokumen. Tetapi peguam negara enggan memberikan MLA (bantuan kerjasama perundangan),” kata Shukri.
Beliau bercakap pada sidang media hari ini selepas bekas perdana menteri Najib Razak tiba di ibu pejabat suruhanjaya itu untuk direkodkan kenyataan berhubung kes tersebut.
Najib juga disiasat berhubung dakwaan penyaluran dana RM42 juta ke akaunnya dari SRC International, salah sebuah syarikat milik 1MDB.
Najib berulang kali menegaskan beliau tidak terlibat dalam penyelewengan dana 1MDB. – 22 Mei, 2018.
Komen