Robert Kuok hadir mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan


The Malaysian Insight

JUTAWAN berpangkalan di Hong Kong, Robert Kuok berada di Ilham Centre, menghadiri mesyuarat dengan ahli Majlis Penasihat Kerajaan yang lain.

Twitter Bernama menyiarkan gambar Kuok bersama semua ahli majlis hari ini.

Kuok yang berusia 94 tahun itu dinamakan sebagai seorang daripada lima ahli dalam majlis berkenaan beberapa hari selepas Pakatan Harapan (PH) menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN), bersama bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, bekas gabenor bank pusat Zeti Akhtar Aziz, bekas ketua eksekutif Petronas Hassan Marican dan pakar ekonomi terkemuka Prof Jomo Kwame Sundaram.

Majlis itu mengadakan pertemuan harian dengan pegawai kanan kerajaan, GLC dan NGO bertindak berdasarkan peranannya sebagai penasihat kepada kerajaan.

Turut dipanggil oleh majlis hari ini ialah Ketua Pegawai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Shahril Ridza Ridzuan dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Azman Mokhtar. – 22 Mei, 2018.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen