ANWAR Ibrahim dan anak perempuannya, Nurul Izzah bertemu dengan Sultan Johor semalam di istana di Johor Bharu.
Kehadiran ketua umum Pakatan Harapan (PH) itu dipercayai susulan undangan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ke istana.
Turut hadir ialah Putera Mahkota Johor Tuanku Ismail Sultan Ibrahim.
Akhbar Malay Mail melaporkan Sultan Ibrahim menghantar jet peribadi untuk mengambil Anwar dan anak perempuannya.
Tidak jelas tujuan pertemuan itu tetap bekas timbalan perdana menteri itu berkata beliau akan melakukan beberapa perjalanan sebelum aktif mengambil bahagian dalam politik.
Awal tahun ini, Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad mengalami perselisihan dengan Sultan, yang secara terbuka mengkritik pemimpin berusia 93 tahun itu.
Bagaimanapun, Sultan Ibrahim adalah antara beberapa pemerintah yang paling awal memberi sokongan kepada Dr Mahathir selepas PH memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu. – 22 Mei, 2018.
Komen