NAJIB Razak tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya untuk disoal siasat berhubung RM42 juta yang disalurkan ke akaun bank peribadinya antara Disember 2014 dan Februari 2015.
Penyiasat percaya wang itu berasal daripada SRC International, bekas anak syarikat pelabur negara bermasalah 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
SRC diwujudkan pada 2011 oleh kerajaan Najib untuk meneruskan pelaburan luar negara dalam sumber tenaga, dan merupakan unit 1MDB sehingga ia dipindahkan ke Kementerian Kewangan pada 2012.
Najib diiringi oleh pasukan pembelanya yang diketuai bekas peguam bela II Mohd Yusof Zainal Abiden.
Tidak diketahui berapa lama Najib akan disoal hari ini tetapi pegawai SPRM mengatakan ia boleh berlanjutan sepanjang hari.
Pesuruhjaya SPRM Mohd Shukri Abdull dijangka mengadakan sidang akhbar pada pukul 11 pagi. – 22 Mei, 2018.
Komen