AKTA Antiberita Tidak Benar akan dimansuhkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo yang baru mengangkat sumpah hari ini.
Gobind berkata Pakatan Harapan (PH) akur dengan manifesto, yang menjanjikan pemansuhan akta tersebut, dan cadangan mengenai perkara itu akan di bawa kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam masa terdekat.
“Seperti yang disebut dalam manifesto Pakatan Harapan, kami akan memansuhkan akta ini.
“Kami akan tetapkan tempoh masa, 100 hari yang pertama kami harus menunaikan tetapi berapa banyak masa yang diperlukan saya akan bincangkan dengan pegawai saya esok. Memang saya akan lakukan dan mula bertugas tepat 8.30 pagi esok,” katanya kepada pemberita selepas mengangkat sumpah.
Gobind, bersama 12 yang lain, mengangkat sumpah sebagai menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara hari ini. – 21 Mei, 2018.
Komen