Pemimpin Umno Johor minta Hishammuddin tanding jawatan presiden


The Malaysian Insight

HISHAMMUDDIN Hussein diminta untuk bertanding bagi jawatan presiden Umno pada pemilihan parti akan datang, lapor Bernama hari ini.

Ketua Umno Bahagian Tebrau Maulizan Bujang berkata cadangan itu mendapat sokongannya dan beberapa ketua Umno bahagian Johor.

“Kami minta sangat kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mempertimbangkan supaya bertanding bagi jawatan Presiden UMNO pada pemilihan akan datang,” kata Maulizan kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor yang dipengerusikan ketuanya Mohamed Khaled Nordin.

Bekas Adun Tiram itu berkata Umno mampu meraih semula sokongan, terutamanya daripada golongan muda, jika pemimpin baru seperti Hishammuddin dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berganding bahu. – 21 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen