JABATAN Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) masih dalam proses mengira wang yang disimpan dalam 72 bag yang dirampas dari pangsapuri mewah Pavilion milik seorang bergelar Tan Sri yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Najib Razak.
Proses pengiraan itu bermula hari ini pada jam 10 pagi dan dijangka mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan.
Polis merampas beg berkenaan dalam serbuan di pangsapuri mewah itu pada Jumaat.
Kelewatan proses pengiraan tersebut disebabkan polis perlu merekod setiap nombor siri pada wang tunai yang dirampas.
Faktor lain yang menyebabkan kelewatan itu adalah kerana terdapat mata wang asing.
Pengarah JSJK Bukit Aman Amar Singh, ketika dihubungi NST hari ini, mengesahkan yang polis telah memulakan proses mengira wang yang dirampas.
Beliau enggan mengulas dan memberitahu akhbar tersebut kerana tidak mahu mencetuskan spekulasi mengenai nilai wang tunai dan barangan yang dirampas.
NST melaporkan yang wang tersebut akan dibawa ke ibu pejabat polis di Bukit Aman sebelum menyerahkannya kepada Bank Negara Malaysia untuk proses kiraan semula.
Difahamkan yang Bank Islam telah ditugaskan untuk menjalankan proses pengiraan nilai semua barang kemas dan jongkong emas yang disita dalam serbuan sebelum ini. – 21 Mei, 2018.
Komen