Pasukan Khas Siasatan 1MDB adakan mesyuarat pertama esok


The Malaysian Insight

PASUKAN Khas Siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mengadakan mesyuarat pertama esok, lapor Bernama.

Ini disahkan bekas peguam negara Abdul Gani Patail, yang merupakan salah seorang ketua bersama pasukan khas tersebut.

“Kita akan bertemu esok. Kami akan bercakap dengan anda selepas itu,” katanya sebelum meninggalkan Menara Ilham di Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Shukri Abull, bekas ketua pesuruhjaya SPRM Abu Kassim Mohamed dan bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Abdul Hamid Bador turut mengetuai pasukan siasatan khas tersebut.

Selain Gani, Abu Kassim dan Shukri, juga, turut berada di Menara Ilham, di mana Majlis Penasihat Kerajaan mengadakan mesyuarat.

Pasukan khas tersebut, yang terdiri Jabatan Peguam Negara, SPRM, polis, Bank Negara dan peguam dengan kepakaran dalam hal 1MDB, diberi mandat untuk menyiasat penyelewengan dana 1MDB dan bekerjasama dengan agensi penguatkuasa luar negara. – 21 Mei, 2018.

 



 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen