Pengerusi kumpulan Media Prima letak jawatan 


The Malaysian Insight

PENGERUSI Kumpulan Media Prima Berhad Ismee Ismail meletakkan jawatan, umum syarikat itu hari ini.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, pengarah kanan bebas buan eksekutif Mohd Nasir Ahmad dilantik sebagai pengerusi interim buat sementara waktu.

“Dalam menerima permohonan Ismee untuk meletakkan jawatan, lembaga pengarah menyatakan penghargaan dan terima kasih atas kepimpinannya dan sumbangan kepada Media Prima sejak beliau menyertai syarikat pada 1 Jun, 2017.

“Beliau turut mempengerusikan jawatankuasa pengurusan risiko kumpulan,” menurut kenyataan itu.

Saham syarikat berkenaan jatuh mendadak selepas kekalahan mengejut Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 14, dan editor pengurusan berita dan hal ehwal semasa Mohd Ashraf Abdullah turut meletakan jawatan baru-baru ini.

Keputusan PRU14 turut membawa kepada rombakan dalam beberapa syarikat media berkaitan BN, termasuk Media Prima.

Minggu lalu, empat pengarah bebas bukan eksekutif Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, termasuk bekas setiausaha akhbar kepada bekas perdana menteri Najib Razak, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, meletakkan jawatan.– 21 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen