Mayat pendaki Everest warga Malaysia akan dibawa balik dari Nepal, menurut laporan


The Malaysian Insight

PENDAKI Malaysia yang berjaya menawan puncak Gunung Everest tahun lalu ditemui mati di sebuah lagi gunung di Nepal selepas dilaporkan hilang, menurut laporan berita.

Raman Nair Hachoodan, 42, ditemui mati di Gunung Ama Dablam, yang terletak di wilayah Himalaya di Timur Nepal pada Ahad, lima hari selepas dilaporkan hilang pada 15 Mei, lapor Himalayan Times.

Mayatnya ditemui di lembah “sekitar 5,300 meter dari paras laut”, menurut laporan itu.

Menurut akhbat The Star, rakan rapatnya K. Nagarajoo berkata, bapa Raman berada di Nepal bagi menguruskan mayatnya untuk dibawa balik ke Malaysia.

Raman yang berasal dari Shah Alam, berjaya mencapai puncai Everest setahun lalu pada 20 Mei ketika melalui keadaan yang sukar.

“Rasa sangat hebat bila dapat sampai ke puncak dunia. Usaha keras dan latihan yang dijalankan akhirnya berbaloi. Ia merupakan perkara paling sukar dalam hidup saya,” kata Raman kepada akhbar The Star dalam satu sesi temu bual tahun lalu.

Nagarajoo berkata kematina Raman merupakan satu kehilangan besar buat komuniti pendaki di Malaysia.

“Beliau merupakan seorang yang berdedikasi apabila mendaki. Beliau sangat cintakan alam. Katanya alam merupakan satu pegangan. Ia merupakan satu kehilangan besar kepada komuniti ini.”– 21 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen