NAJIB Razak enggan menerima pelawat di kediaman peribadinya di Jalan Langgak Duta hari ini selepas beliau tiba dari Pekan bersama isterinya, Rosmah Mansor.
Kumpulan pertama yang tidak dibenarkan masuk adalah kumpulan pelajar dari Mahasiswa Turun Parlimen (Mantap).
Mereka tiba pada jam 1.40 petang dan beredar pada jam 2.00 petang selepas tidak dibenarkan masuk ke premis itu.
Kumpulan kedua yang tidak dapat bertemu dengan Najib adalah daripada Umno cawangan Tanjung Malim.
45 ahli dari cawangan berkenaan tiba di Taman Duta kira-kira jam 3. 30 petang dan beredar pada jam 4.15 petang selepas berbincang di hadapan pagar.
Kedua-dua kumpulan terbabit enggan menjawab pertanyaan pemberita.
Najib kini disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram.
Peguamnya Harpal Singh Grewal berkata Rosmah tidak terlibat dalam mana-mana siasatan.– 21 Mei, 2018.
Komen