JAWATANKUASA Pembaharuan Institusi meminta orang ramai menyalurkan maklumat berhubung masalah urus tadbir dan struktur dalam sesebuah institusi sebagai sebahagian daripada mandat di bawah kerajaan persekutuan baharu.
Katanya, individu dan kumpulan yang ingin memberi maklumat kepada jawatankuasa itu hendaklah mengemukakan perwakilan bertulis pada 28 Mei kepada sekretariat jawatankuasa, serta melalui e-mel.
Ini termasuklah kes melibatkan institusi yang “mempunyai kecacatan struktur atau gagal berfungsi mengikut undang-undang atau mempunyai tadbir urus yang lemah atau proses pembuatan keputusan yang tidak berkesan atau mekanisme pembetulan yang tidak mencukupi”.
Jawatankuasa ini boleh menjemput mereka yang mengemukakan maklumat untuk pertemuan secara bersemuka, tambahnya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, tujuan utama untuk melihat kepada aduan ini adalah untuk pembaharuan institusi dan “bukan kerana dendam peribadi atau salah laku penjawat awam,” kata jawatankuasa itu.
Penyerahan bertulis hendaklah ditujukan kepada Sekretariat, Jawatankuasa Pembaharuan Institusi, di Tingkat 32, Ilham Tower, Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia, dengan salinan emel kepada [email protected].
Jawatankuasa terbabit, yang diketuai hakim bersara Mahkamah Rayuan KC Vohrah, juga mula mengkaji setiap maklumat yang diberikan oleh beberapa kumpulan dan individu.
“Sekiranya perlu, individu dan kumpulan ini akan diminta hadir pada perbincangan tertutup dengan jawatankuasa,” katanya.
Tarikh jadual untuk perbincangan ini adalah pada 28, 29, 30 Mei dan 1, 4, 8, 10, 12, 13, 18 Jun.– 21 Mei, 2018.
Komen