Pengasingan kuasa penting untuk tadbir urus baik, kata Dr Mahathir


The Malaysian Insight

PENGASINGAN kuasa kunci untuk mengekalkan periksa dan imbang dalam kerajaan, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ketika menyampaikan ucapan sulungnya kepada penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pagi ini.

“Perlu ada pengasingan kuasa antara tiga itu – legislatif, eksekutif dan kehakiman – dan jika ada periksa dan imbang, apabila salah laku berlaku, tidak ada sesiapa yang boleh bercakap atau berhenti.

Beliau berkata kegagalan untuk mewujudkan pengasingan kuasa juga akan menyebabkan satu pihak saja mengawal semua kuasa, dan jika ia berlaku, peluang terlalu kecil untuk seseorang mencabar arahan yang menyalahi undang-undang.

“Badan tadbir urus tidak sepatutnya melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang, walaupun dalam kerajaan semasa ini. Hanya dengan pengasingan kuasa, sesebuah negara dapat ditadbir dengan baik.”

Beliau berucap di hadapan kira-kira 1,000 penjawat awam.

Dr Mahathir tiba tepat jam 8.30 pagi bersama isterinya Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Ketika berucap, pemimpin berusia 92 tahun itu tersasul kata dan kemudian bergurau dengan penjawat awam dengan berkata itu kerana beliau sudah lama tidak menyampaikan ucapan seperti itu.

“Sudah lama saya tidak bercakap seperti ini jadi saya lupa,” katanya.

Terdapat 100 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang mempunyai lebih 10,000 penjawat awam. – 21 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen