BEKAS perdana menteri, Najib Razak masih boleh berharap kepada sokongan setia kebanyakan pengundi di kawasan Pekannya, tetapi ramai bekas penyokongnya mengaku tidak mengundi beliau kerana kebencian terhadap isterinya Rosmah Mansor.
Najib menang Parlimen Pekan sejak 1976 pada usia 23 tahun, ketika beliau mengambil alih daripada ayahnya yang juga perdana menteri kedua negara, Abdul Razak Hussein.
Walaupun Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan terbesar dalam sejarah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Najib berjaya mengekalkan kerusi Pekan dengan majoriti 25,000 undi.
Kekalahannya dalam PRU14 mengejutkan ramai pengundi generasi tua di Pekan.
“Kami sangat kecewa. Kami tidak tahu apa yang akan berlaku kepada kami. Beliau menjaga orang-orang di Pekan terutama orang tua,” kata pemilik restoran Jamilah Abdul Rahman memberitahu Malaysia Decides baru-baru ini.
Antara manfaat yang dibawa Najib ke Pekan ketika menjadi perdana menteri termasuk kemudahan penjagaan kesihatan dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).
“Terdapat ramai orang tua di sini. Mereka masih bersama Najib. Mungkin itu sentimen kerana bapanya,” kata seorang penjaga kedai yang enggan memberitahu namanya.
Bagaimanapun, semakin ramai penduduk tempatan - terutamanya pengundi muda - mengundi menentang BN kerana tidak puas hati dengan isterinya Rosmah.
Suri rumah Kalsom Mohamad, 50, berkata beliau mengundi BN pada masa ini untuk menyingkirkan Najib dan isterinya.
“Rakyat menyokong Umno tetapi bukan Najib. Mereka tidak mahu membuang Umno tetapi mereka juga tidak mahu Najib dan isterinya. Beliau adalah penyebabnya,” katanya.
Kalsom berkata generasi muda lebih menyedari hal politik dan ramai yang enggan mengundi Najib.
“Hanya orang tua yang akan mempercayainya. Tetapi generasi muda tidak mahu,” kata Kalsom.
Seorang lagi pengundi, Banu, 38, berkata sentimen negatif terhadap Rosmah adalah punca beliau menolak BN kali ini.
“Kami sukakan beliau tetapi bukan isterinya. Kami tidak sukakannya. Beliau menjadi punca masalah,” katanya.
Pada pilihan raya lalu, Najib mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 24,859 undi berbanding 35,613 pada 2013.
Pada ucapannya di Pekan pada awal semalam, bekas presiden Umno itu berkata beliau berhasrat untuk memenangi 40,000 majoriti namun jatuh kepada 25,000 undi.
“Terima kasih semua kerana bekerja keras semasa pilihan raya. Kita tidak mencapai sasaran tetapi kita masih mendapat majoriti tinggi.” – 21 Mei, 2018.
Komen