Azmin Ali kekal MB hingga Sultan Selangor perkenan pengganti


The Malaysian Insight

AZMIN Ali akan kekal sebagai menteri besar Selangor sehingga penggantinya dinamakan dan diperkenankan oleh Sultan Selangor, kata satu kenyataan dari istana hari ini.

“Azmin akan kekal menjadi menteri besar Selangor pada masa ini sehingga peralihan kuasa kepada menteri besar baharu dilaksanakan dengan licin dan teratur,” kata kenyataan bertarikh hari ini dan dikeluarkan oleh setiausaha sulit Sultan Selangor, Mohamad Munir Bani dan Lela Bakti.

Azmin yang dinamakan sebagai menteri hal ehwal ekonomi dalam Kabinet Pakatan Harapan (PH), juga diminta memberikan senarai nama calon menteri besar kepada Sultan Selangor untuk dipertimbangkan, kata kenyataan itu.

Timbalan presiden PKR itu sudah memaklumkan kepada Sultan Selangor tentang niatnya untuk menerima jawatan persekutuan ketika datang mengadap semalam.

Dua nama dikatakan disenaraikan sebagai calon iaitu Adun Sungai Tua Amiruddin Shari dan Adun Seri Setia Dr Shaharuddin Badaruddin. – 21 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen