PIHAK polis akhirnya berjaya membuka lapan peti besi di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya pada pukul 3 pagi semalam, laporan New Straits Times.
Tiada wang ditemui dalam peti besi dipercayai milik bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang disiasat kerana pengubahan wang haram, menurut NST.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman (CCID), Amar Singh memberitahu peti besi dibuka dengan bantuan tukang kunci dalam proses yang mengambil masa hampir dua setengah jam.
Selain Seri Perdana, polis juga menggeledah pejabat bekas Najib di Pejabat Perdana Menteri, kediaman persendiriannya di Taman Duta dan kondominium diduduki oleh anak-anaknya di Pavilion Residences, Kuala Lumpur. – 21 Mei, 2018.
Komen