PEMBERI maklumat yang sanggup merisikokan nyawa mereka untuk mendedahkan penyelewengan dana awam di Malaysia patut dipuji, kata pengasas Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Beliau menamakan Ross Boyert, yang membantu mendedahkan kekayaan keluarga bekas ketua menteri Sarawak Taib Mahmud, dan pemberi maklumat 1MDB, Xavier Justo pada temubual dengan The Star hari ini.
“Wartawan hari ini cenderung untuk lupa bahawa kamu adalah sebaik sumber kamu. Ross memberikan maklumat yang beliau rahsiakan. Itu satu tindakan yang berani beliau lakukan.
“Beliau dibuli dengan teruk oleh penyiasat persendirian yang sentiasa mengekorinya. Beliau dan isterinya menderita dan masih memmberikan banyak dokumentasi yang membantu untuk mendedahkan isu penyelewengan di Sarawak,” katanya.
Boyert bekerja dengan syarikat hartanah AS yang dimiliki keluarga Taib Mahmud. Beliau membunuh diri pada 2010.
Berhubung 1MDB, Clare berkata ia mula menarik minatnya selepas pembangkang mula membangkitkan persoalan mengenainya.
“Saya mula ajukan soalan yang tidak dijawab seoenunya dan apa yang saya terima ialah surat guaman jadi saya teruskannya. Ia mengambil masa lebih setahun sebelum saya mula memecahkan berita berhubung 1MDB pertama kalinya iaitu berkenaan urus niaga PetroSaudi.”
Justo, yang merupakan bekas pengarah PetroSaudi International, ditahan di Thailand pada Julai 2015 kerana didakwa memeras ugut bekas majikannya dan dibebaskan pada Disember 2016.
Beliau membuat laporan pada Mac tahun ini, mendakwa beliau telah membuat aduan di bawah tekanan di Thailand. Clare mengimbas kembali bahawa isterinya Laura hilang arah ketiak dia mula bertemunya.
“Suaminya meringkuk selama 18 bulan dalam penjara dan tidak lama selepas dibebaskan beliau hubungi saya. Saya pergi bertemu dengannya. Beliau seroang wanita muda yang tertekan dan cuba mencari jalan apa yang perlu dilakukan.”
“Naluri saya ketika itu adalah untuk menjerit di hadapan kamera yang suaminya dipenjarakan. Beliau sedia untuk lakukannya dan saya rasa mat penting untuk menolak semua perkara buruk yang ditulis menegnai Xavier selepas dipenjarakan.”
“Saya boleh ceritakan apa yang berlaku, mereka mengancam pasangan ini, dan beliau berdiam diri seketika.”
Clare turut memaklumkan rakan setugasnya dii Sarawak Report dan Radio Free Sarawak.
“Saya bekerja dengan ramai orang yang berani. Mereka yang bekerja di rasio itu adalah wira. DJ saya Peter John Jaban telah kembali dan beliau gembira dapat berjuang untuk apa yang benar dan ia satu tindakan berani.”
“Setiap orang yang melakukan itu tahu sesuatu akan berlaku kepada mereka, dan itu mesti dihentikan,” katanya.– 20 Mei, 2018.
Komen