Anwar mahu siasatan ke atas Najib dibuat dengan telus, adil


The Malaysian Insight

ANWAR Ibrahim mahu siasatan ke atas skandal 1Malaysia Development Berhad dan dakwaan ke atas Najib Razak dibuat secara telus dan adil.

Anwar turut menawarkan nasihat dari Jakarta, yang mana beliau bertemu rakan lamanya, bekas presiden Indonesia, BJ Habibi.

“Kepada beliau (Najib), nasihat saya adalah dapatkan peguam bela yang baik,” kata Anwar.

Beliau turut menggesa rakyat agar menunggu hasil siasatan sebelum menghakimi Najib. – 20 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen