Ahli Umno boleh keluar parti jika enggan terima hakikat, kata Najib 


The Malaysian Insight

UMNO memerlukan pejuang, yang kini merupakan parti pembangkang, kata Najib Razak.

Bekas presiden parti itu berkata, ahli yang mahu keluar parti selepas kekalahan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 14 adalah bebas untuk berbuat demikian.

“Sekiranya rakyat tidak setia bersama kami, biarkan mereka. Jika mereka mahu sertai pihak sebelah. biarkan mereka. Saya mahukan Umno dipenuhi dengan pejuang sebenar,” kata Najib ketika berucap di Umno Pekan hari ini.

Beliau berkata, ahli perlu “berkorban” untuk parti ketika parti berdepan waktu sukar.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau meletak jawatan sebagai presiden kerana beliau menerima kekalahan besar pada pilihan raya baru-baru ini.

“Saya terima kekalahan. Ia adalah tanggungjawab presiden, saya letak jawatan. Saya tidak lari daripada prinsip.”

Najib berkata Umno perlu perubahan semula dan berkhidmat kepada rakyat sebagai parti pembangkang.

“Kita perlu ambil pendekatan berbeza. Kita perlu perjuangkan isu rakyat. Kita tidak luluskan lagi peruntukan. Kita perlu ikhlas dalam tanggungjawab kita,” kata Najib dan menambah beliau sendiri juga akan berjuang untuk membawa perubahan dalam parti.

Dalam pada itu, Najib juga berkata, penduduk tidak perlu lagi beratur di luar kediamannya di Pekan untuk bantuan kerana beliau tidak lagi mampu untuk memberi bantuan kepada mereka.

“Saya tidak boleh bantu kamu lagi,” katanya sambil ketawa.– 20 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen