Orang suka cerita karut mengenai Rosmah, kata Najib 


The Malaysian Insight

BEKAS perdana menteri Najib Razak menafikan bahawa beliau terpaksa merujuk isterinya Rosmah Mansor setiap kali membuat keputusan dalam kerajaan sebelum ini.

Katanya, dakwaan seperti yang disebarkan dalam video Youtube itu tidak benar dan disifatkannya sebagai “karut”.

“Cerita itu sedap. Bila buka, (ada cerita) Najib itu, Najib ini, Rosmah itu, Rosmah ini…. Sampai 900,000 orang tengok,” katanya.

Jelasnya perkara itu tidak benar kerana segala keputusan kerajaan dibuat di kabinet.

Dalam ucapan kepada penyokong akar umbi di Pekan hari ini, Najib berkata fitnah seperti itu menenggelamkan penjelasannya mengenai prestasi kerajaan.

“Orang lebih suka tengok cerita karut marut (seperti ini). Akhirnya kebenaran tewas pada kebatilan,” kata Najib lagi.

Jelasnya fitnah seperti itulah yang menyebabkan BN tewas dalam pilihan raya 9 Mei.

Dalam ucapannya di Pekan hari ini, Najib juga menyeru akar umbi untuk setia kepada parti dan bekerja keras untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka ikhlas berkhidmat.

“Lambat laun rakyat akan sedar, perjuangan kita adalah perjuangan sebenar,” katanya.– 20 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen