Apa kaitan perkahwinan anak saya dengan 1MDB, kata Najib


The Malaysian Insight

NAJIB Razak mempersoalkan mengapa polis menrampas hadiah yang diberikan kepada anak perempuannya sempena perkahwinan apabila mereka sepatutnya menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas perdana menteri itu berkata anak perempuannya, Nooryana Najwa Najib berkahwin dengan lelaki daripada keluarga yang baik dari Kazakhstan dan beberapa hadiah yang dirampas polis adalah pemberian mertuanya.

“Kita bukan keturunan orang yang menipu duit rakyat dan saya bukan mencuri harta rakyat,” katanya dalam ucapan di Pekan hari ini.

Katanya beliau juga kesal dengan tindakan polis merampas barangan dari kediaman keluarganya dengan sewenang-wenang.

Katanya, beliau tidak berpuas hati kerana rampasan itu dibuat walau tanpa “bukti prima facie”.

“Takkanlah nampak barang saja terus dicekup.

“Kasut bayi pun diambil. Hadiah perkahwinan anak saya pun diambil. 

“Apa kena mengena hadiah kahwin dengam 1MDB (1Malaysia Development Berhad)?” soalnya.

Najib dan isterinya Rosmah Mansor kini disiasat oleh pihak berkuasa di bawah Akta Penggubahan Wang Haram. 

Kediaman peribadi pasangan itu di Jalan Duta dan Pavilion Residences diserbu oleh pasukan polis. 

Pada serbuan yang dijalankan, polis merampas sejumlah bagasi yang mengandungi pelbagai matawang dan barangan berharga.

Turut dirampas ratusan kotak yang mengandungi beg tangan wanita berjenama. – 20 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen