BEKAS presiden Umno Najib Razak terkejut dengan sokongan yang diterimanya daripada ahli Umno di Pekan.
Beliau yang juga bekas perdana menteri turut menyatakan rasa terkejutnya dengan jumlah kehadiran masyarakat di Pekan yang memenuhi dewan.
“Saya tidak pernah lihat dewan ini penuh dengan ahli Umno. Apa yang pelik, semasa saya jadi PM, dewan ini penuh. Bila saya tidak lagi PM, dewan ini tetap penuh.
“Tak cukup kerusi, ramai antara mereka yang terpaksa berdiri maah ada yang duduk atas lantai. Ini adalah petanda Umno masih lagi kuat,” katanya ketika berucap semasa merasmikan mesyuarat bahagian.
Najib juga berkata, Umno kini dalam “gerhana” dan parti perlu kembali dengan lebih kuat.
“Walaupun kita menangis, kita kini di permulaan gerhana. Kita tidak lagi mempunyai kuasa, namun tiada siapa dapat membunuh semangat Umno.”
Bagaimanapun, orang ramai yang hadir pada mesyuarat Umno hari ini bukan kesemuanya ahli parti.
Terdapat juga masyarakat daripada komuniti Orang Asli dan kanak-kanak turut dibenarkan masuk.– 20 Mei, 2018.
Komen