Kumpulan akademik sokong Maszlee Malik sebagai menteri pendidikan 


The Malaysian Insight

KUMPULAN akademik menyatakan sokongan mereka atas pelantikan bekas ahli akademik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Maszlee Malik sebagai menteri pendidikan di bawah pentadbiran Dr Mahathir.

Pelantikan itu bagaimanapun mencetuskan pelbagai kontroversi dalam kalangan rakyat Malaysia kerana sokongan Dr Maszlee terhadap pendakwah bebas dari India Zakir Naik tidak berapa lama dahulu dan dakwaan beliau cenderung ke arah Salafi Islam.

Profesor Madya Dr Faisal S. Hazis dari Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa UKM berkata pelantikan Maszlee akan memberi nafas baharu kepada politik Malaysia memandangkan beliau masih muda, baharu dan rakyat biasa, bukan berasal daripada keluarga politik yang berpengaruh.

Tambah Faisal, “Beliau tidak boleh dinilai melalui pegangan agamanya, malah beliau perlu dilihat dari segi agenda perubahannya. Sama seperti kita pertikaikan orang yang mengkritik latar belakang Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, kita juga perlu tegur mereka yang mempersoalkan agama Maszlee.”

Dalam menyatakan sokongannya terhadap pelantikan Maszlee, Prof Zaharom Nain dari Universiti Nottingham Kampur Malaysia berkata,” Adalah satu penghinaan kepada Maszlee - atau sesiapa sahaja dalam perkara ini - yang mencadangkan beliau tidak boleh bertindak secara rasional dalam kerjasamanya dengan pihak lain. Sama seperti kita perlu waspada terhadap Islamofasis, kita juga perlu kritis terhadap Islamofobia.”

Felo kanan di ISEAS-Institut Yusof Ishak Singapura, Dr Lee Hwok Aun berkata, Maszlee meruakan guru dan sarjana yang memiliki pengetahuan dalam ketegangan dan masalah daam kalangan institusi tinggi di Malaysia.

Beliau menambah, “Dia bijak, analitikal dan bersemangat tentang pendidikan, dan siapa yang mengisytiharkan bahawa pengajaran dan kerja akademik teras harus diutamakan atas tugas pentadbiran.

“Beliau berpotensi membawa pengalaman yang relevan dan perspektif yang segar, dan patut mendapat peluang untuk membawa perubahan positif dan konstruktif kepada sistem pendidikan Malaysia.”

Sementara itu, pensyarah kanan Universiti Malaya, Dr Khoo Ying Hooi merasakan ia sebagai satu perkembang positif untuk mempunyai seorang yang memiliki latar belakang akademik untuk meneraju kementerian pendidikan kerana ia adalah portfolio yang penting yang akan menbina asas pendidikan yang kuat yang diperlukan negara.

Dr Azmil Mohd Tayeb dari Pusat Pengajian Sains Sosial Dr Azmil Mohd Tayeb berkata, menjadi pensyarah yang bergelumang dengan sistem pendidikan sejak bertahun lalu, beliau diyakini mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar dan bagaimana beliau meletakkan penyelesaian kepada masalah terbabit.

Ahli antropologi Dr Lye Tuck Po dari Pusat Pengajian Sains Sosial USM mengatakan bahawa berdasarkan latar belakang ilmiah Maszlee, dia kelihatan seperti pilihan yang baik.

“Dia akan memerlukan banyak sokongan secara dalaman - dalam kementerian yang terkenal konservatif - dan secara luaran oleh masyarakat.” – 20 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen