Najib nafi laporan mahu perlindungan polis


The Malaysian Insight

NAJIB Razak menafikan laporan yang beliau mahukan perlindungan saksi berhubung siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Tidak, tidak,” kata bekas perdana menteri itu kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkara itu di kediamannya di Seri Kenangan di Pekan hari ini.

Semalam, media melaporkan Najib membuat laporan di balai polis Sentul dan meminta perlindungan saksi.

Dalam laporan itu, beliau mendakwa nyawanya terancam.

Beliau berkata demikian kepada media selepas beramah mesra dengan orang ramai yang berkumpul di sini sejak jam 8 pagi.

Ia adalah lawatan pertama pasangan itu ke Pekan sejak Barisan Nasional tumbang pada 9 Mei.

“Rakyat mahu saya pulang.

“Mereka mahu tunjukkan penghargaan, dan terus menyokong saya selepas apa yang saya telah buat. Mereka mahu saya terus berkhidmat sebagai ahli Parlimen. Jadi saya gembira dapat pulang,” katanya kepada pemberita.

Beliau bagaimanapun enggan menjawab pertanyaan lanjut sebelum dilihat masuk ke kediamannya di sini.

Najib yang merupakan ahli Parlimen Pekan sejak 1976 mengenakan pakaian berwarna biru sementara isterinya Rosmah Mansor memakai baju kurung dan tudung berwarna kuning.

Pasangan itu dilihat cukup bersemangat.  – 20 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen