Najib pulang ke Pekan, masak bubur lambuk untuk penyokong 


The Malaysian Insight

SEKUMPULAN kira-kira 200 orang penyokong menyambut ketibaan bekas perdana menteri Najib Razak di kediamannya Seri Kenangan di Pekan, Pahang dalam suasana suram.

Ia merupakan kunjungan pertama Najib bersama isteri, Rosmah Mansor ke kawasan parlimen itu selepas parti Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya umum 9 Mei.

Katanya kepulangannya pada hari ini adalah untuk menunjukkan penghargaam kepada para penyokong dan ahli parti.

“Rakyat mahu saya pulang. Mereka mahu tunjukkan penghargaan, dan terus menyokong saya selepas apa yang saya telah buat. 

“Mereka mahu saya terus berkhidmat sebagai ahli Parlimen. Jadi saya gembira dapat pulang,” katanya kepada pemberita selepas beramah mesra dengan anggota dan penyokong parti di kediamannya, Seri Kenangan.

Beliau turut mengambil peluang itu untuk bergambar dan membantu menyediakan bubur lambuk bersama para penyokongnya.

Rosmah ketika dihurung orang ramai sebaik tiba turut memujuk para penyokong parti berkenaan agar tidak menangis

Najib menjadi ahli Parlimen Pekan sejak 1976. Beliau dijangka akan berucap kepada penyokong dan pemimpin bahagian dalam mesyuarat petang ini.– 20 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen