NAJIB Razak dan isterinya, Rosmah Mansor tiba di Pekan dan disambut oleh orang ramai yang berkumpul di sini sejak 8 pagi.
Hari ini lawatan pertama pasangan itu ke Pekan sejak kekalahan Barisan Nasional dalam PRU14 pada 9 Mei lalu.
“Rakyat mahu saya balik.
“Mereka mahu menunjukkan penghargaan dan terus menyokong saya untuk semua yang saya sudah lakukan. Mereka mahu saya terus berkhidmat sebagai ahli Parlimen. Jadi saya gembira balik ke sini,” kata Najib pada wartawan yang berkumpul di Pekan.
Beliau enggan menjawab soalan lebih lanjut sebelum bergerak ke kediamannya di Seri Kenangan.
Najib, yang menjadi ahli Parlimen Pekan sejak 1976, berbaju biru gelap, sementara Rosmah memakai baju kurung kuning dan selendang.
Pasangan itu dalam keadaan gembira. Rosmah yang tidak kelihatan di tempat awam sejak kekalah BN, kelihatan memeluk beberapa wanita yang turut hadir di situ sebelum berjalan ke rumahnya.
Najib kini disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram. Beliau juga disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengarahkan Najib ke pejabat agensi anti rasuah itu pada Selasa depan, untuk memberi keterangan dalam kes SRC International Sdn Bhd, anak syarikat 1MDB.
Ia susulan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman menjalankan pemeriksaan sejak malam Rabu lalu di enam premis, iaitu Pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya dan kediaman peribadi Najib di Jalan Langgak Duta serta tiga unit kondominium mewah di Jalan Raja Chulan. – 20 Mei, 2018.
Komen