Anwar jumpa BJ Habibie di Jakarta hari ini


The Malaysian Insight

KETUA Umum Pakatan Harapan dan PKR Anwar Ibrahim melawat ibu negara Indonesia hari ini atas jemputan bekas presiden Indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie (BJ Habibie).

Ia bersempena sambutan ulang tahun ke-20 Reformasi Indonesia, kata Anwar dalam kenyataan.

“Tahun 1998 adalah tahun keramat bagi Malaysia dan Indonesia,” katanya.

21 Mei 1998 merupakan tarikh yang menandakan kejatuhan rejim Suharto dan permulaan kepada pengukuhan institusi demokrasi di bawah pentadbiran BJ Habibie, katanya.

Sementara itu, pada tahun sama di Malaysia bermulanya pergerakan Reformasi, yang tercetus akibat penyingkiran Anwar sebagai timbalan perdana menteri atas tuduhan rasuah dan liwat.

Selepas dua dekad, Barisan Nasional ditewaskan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei.

Anwar percaya pertemuan tersebut akan memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia. – 20 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen