MENGGELAR Najib mengalami delusi, pengguna media sosial Malaysia menyelar bekas perdana menteri berhubung dakwaan nyawanya terancam.
Najib Razak meminta polis menempatkannya di bawah perlindungan saksi kerana beliau percaya nyawanya terancam, ketika pihak berkuasa meneruskan siasatan mereka terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad.
Beliau membuat pemintaan itu menerusi satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul semalam.
Ramai pengguna media sosial menyatakan perlindungan terbaik untuk Najib adalah di Penjara Sungai Buloh yang mana beliau akan terselamat daripada sebarang serangan.
“Saya percaya bekas perdana menteri Najib bila mengatakan nyawanya dalam bahaya. Beliau minta perlindungan saksi, tetapi itu tidak efektif. Tempat paling selamat, jauh daripada bahaya, jauh daripada ancaman adalah di Penjara Sg Buloh, sekarang adakah kamu setuju?” kata pengguna media sosial Elizabeth Hew.
Manakala pengguna lain turut menyindir cara Najib yang merupakan suspek jenayah mendakwa dirinya sebagai mangsa.
“Seorang suspek jenayah kini mendakwa dirinya menjadi sasaran dan meminta perlindungan saksi polis…sejak bila suspek utama jadi saksi polis. Apa lagi yang cuba beliau pusing untuk dapatkan simpati,” soal May Ean Lau.
“Saya rasa polis patut abaikan permintaannya kerana beliau adalah suspek, bukan saksi. Dan saya rasa ini hanyalah salah satu cara untuk raih simpati dan perhatian selepas memuat naik beberapa gambar dengan ibunya, bersolat di masjid dan tidur di atas sofa tidak menjadi,” kata Aldrin Tan.
“Dengan semua duit ang ada di rumah kau, kamu mampu dapatkan perlindungan kamu sendiri. Lagipun, semua ancaman itu adalah daripada penjenayah yang pernah bekerjasama dengan kamu selama ini. Saya rasa negara ini ada kepentingan untuk biarkan kamu hidup jadi kamu boleh dedahkan semua rakan kamu yang lain. Jaga keselamatan!” kata Sien-Chau Chu di Facebook.
“Kamu sakit dan berdelusi,” komen pengguna Facebook Theresa Bangah.
Bekas perdana menteri Najib Razak kini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Pejabat dan kediamannya diserbu oleh pihak polis yang turut merampas beg tangan, jam tangan dan wang tunai daripada premis terbabit. – 19 Mei, 2018.
Komen