Kamu sepatutnya beritahu saya, kata Najib kepada Khairy 


The Malaysian Insight

BEKAS perdana menteri Najib Razak berkata, beliau pasti akan mendengar kritikan ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin terhadapnya sekiranya beliau memberitahunya secara peribadi.

Bekas presiden Umno yang meletak jawatan sebagai pengerusi Barisan Nasional selepas pakatan emerintah itu kalah terus pada PRU14, turut berkata beliau akan menerima kritikan selagi ia disampaikan secara peribadi.

Dalam temubual bersama Malay Mail, Najib berkata kritikan terbuka terhadap kepimpinan parti adalah melanggar disiplin parti.

“Jika kamu datang dan berkata: ‘Saya tidak setuju dengan kamu. Saya rasa kamu perlu buat dengan cara ini.’ Ia tidak melanggar disiplin parti,” beliau dipetik sebagai berkata.

Beliau tidak menyebut kritikan Mukhriz Mahathir dan Muhyiddin Yassin yang mengkritiknya secara terbuka berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dipecat daripada parti. Najib turut memecat Muhyiddin yang merupakan timbalan perdana menteri.

Katanya, Khairy bagaimanapun boleh berjumpa dengannya kerana beliau “sentiasa mempraktikkan cara terbuka”.

“Beliau tidak berbuat demikian. Maksud saya beliau mengakui tidak lakukannya,” kata Najib.

Khairy dalam temubualnya baru-baru ini dengan Channel News Asia berkata adalah satu kesilapan tidak bercakap dengan Najib berhubung dakwaan rasuah terhadapnya.

Khairy dan Pemuda Umo antara yang pertama dalam parti mendesak Najib untuk meletakkan jawatan selepas BN gagal membentuk kerajaan. Pakatan itu hanya menang 79 daripada 222 kerusi parlimen.

“Khairy bebas untuk datang dan jumpa saya dan katakan: “Saya rasa kamu bukan di landasan yang betul, atau terdapat beberapa masalah, yang belum diselesaikan dengan cara yang betul”. Jadi saya boleh tentukan untuk terima atau tidak terima,” kata Najib yang mengekalkan kerusi Parlimen Pekan.– 19 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen