TERKILAN dengan layanan yang diterima, Najib Razak hari ini berkata, peraturan undang-undang perlu diaplikasikan secara adil kepada semua orang termasuk perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata Dr Mahathir perlu lihat pada dirinya sendiri dan berkata perdana menteri mengakui menerima suapan pada masa lalu.
“Walau apa pun, ia perlu adil. Peraturan undang-undang perlu dijalankan secara adil, dan perlu dikuatkuasa kepada semua orang. Semua orang perlu patuh kepada undang-undang.
“Maksud saya, jika kamu terima 30 ekor kuda daripada rakan kamu juga perlu diambil kira, kerana beliau sudah menngakuinya secara terbuka. Kuda itu diberikan oleh rakannya.
“Beliau menerima suapan daripada rakanya dan beliau mengaku secara terbuka,” kata Najib kepada Malay Mail dalam satu temubual eksklusif di kediamannya di Jalan Duta hari ini.
Bekas perdana menteri itu mengulas berhubung temubual Dr Mahathir kepada CNN Indonesia dua tahun lalu.
Beliau mendedahkan minatnya pada kuda, dan bagaimana beberapa ekor kuda di kandangnya dihadiahkan kepadanya.
Dalam temubual dengan Malay Mail hari ini, Najib mendakwa Pakatan Harapan “double standard” dalam menilai intergriti ahli partinya sendiri.
Katanya Lim Guan Eng, menteri kewangan yang akan dilantik mempunyai kes rasuah yang masih belum diselesaikan.
Katanya kebanyakan orang merasakan tidak wajar untuk seseorang yang mempunyai dakwaan dilantik sebagai menteri kewangan, sehingga namanya dibersihkan.
“Saya tidak nyatakan beliau bersalah, tetapi bersihkan nama dahulu,” Najib dipetik sebagai berkata.– 19 Mei, 2018.
Komen