SPRM ambil kenyataan Najib pada Selasa


The Malaysian Insight

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil keterangan Najib Razak di kediamannya di Jalan Langgak Duta, jam 8 pagi pada Selasa.

Peguam yang mewakili bekas perdana menteri itu Harpal Singh Grewal berkata, agensi anti rasuah itu bersetuju bahawa kenyataan akan dirakamkan di kediamannya dan bukan di ibu pejabatnya di Putrajaya sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.

“Kita bagaimanapun akan menyediakan lebih banyak maklumat sekiranya terdapat perkembangan pada Isnin,” katanya kepada media di hadapan kediaman Najib di Taman Duta hari ini.

Ditanya sama ada isteri bekas perdana menteri itu Rosmah Mansor juga sedang disiasat, Harpal berkata beliau tidak nenerima sebarang maklumat berhubung perkara itu.

Pada Selasa, perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dipetik sebagai berkata beliau menjangkakan dakwaan akan dibuat ke atas Najib berdasarkan siasatan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).– 19 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen