Polis rampas barangan tak sepatutnya, kata Najib 


The Malaysian Insight

BEKAS perdana menteri Najib Razak kecewa dengan tindakan polis menjalankan serbuan dan menggeledah dua unit kondominium yang didiami anaknya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Najib mengadu bahawa ketika serbuan pada Rabu, Polis merampas barangan peribadi di dua unit kondomonium di Pavilion Residences di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

Antara barangan yang dirampas adalah hadia perkahwinan akan perempuannya dan kasut bayi, kata peguam Najib Harpal Singh Grewal.

Aduan pertama Najib dan keluarganya adalah “tiada cubaan dibuat untuk mengesahkan sama ada pakaian, kasut dan pakaian bayi mempunyai kaitan dengan siasatan”.

“Dua kanak-kanak itu tiada kaitan dengan 1MDB (1Malaysia Development Berhad) atau mana-mana syarikat yang disiasat.

“Mereka profesional dengan hak mereka sendiri, berjaya dalam usaha mereka, mereka berhak untuk semua pakaian dan kasut ini,” kata Harpal kepada pemberita di luar kediaman peribadi Najib di Jalan Langgak Duta.

Najib juga kecewa apabila ada anggota polis yang mengambil makanan dalam peti sejuk dan meminta makanan disediakan kepada mereka.

“Publisiti yang luas yang merangkumi penyitaan apa yang pada dasarnya barangan peribadi milik anak-anak telah menyebabkan penghinaan yang akut dan memalukan kepada keluarga,” kata Najib dalam kenyataan yang disampaikan oleh peguamnya.

Harpal juga berkata isteri Najib, Rosmah Mansor tidak disiasat.

Najib juga mendapatkan khidmat lebih ramai peguam untuk membantu kes itu, kata Harpal.

Najib dan Rosmah tidak dibenarkan meninggalkan negara, Harpal berkata Najib disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram.– 19 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen