Bung Mokhtar letak jawatan sebagai pengerusi Felcra 


The Malaysian Insight

AHLI Parlimen Umno Kinabatangan Bung Mokhtar Radin akan meletakan jawatan sebaga pengerusi Felcra akhir bulan ini.

“InsyaAllah, saya akan hantar surat peletakan jawatan akhir bulan ini,” katanya yang juga ahli majlis tertinggi Umno kepada pemberita di Menara Dato Onn hari ini.

Semalam, ketua pegawai eksekutif Felcra Zulkarnain Md Eusope mengadakan pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan namun kemudiannya menyatakan kedudukan Bun Mokhtar tidak dibincangkan.

“Kita hanya bincangkan tentang operasi dan bagaimana untuk tingkatkan prestasi Felcra,” Zulkarnain dipetik sebagai berkata.

Felcra merupakan agensi kerajaan yang memfokuskan kepada pembangunan luar bandar dengan mempromosikan aktiviti ekonomi.

Minggu lalu, Shahrir Samad meletakkan jawtaan sebagai pengerusi Felda berkuatkuasa serta merta. Katanya melepaskan jawatan itu satu tindakan yang betul untuknya kerana beliau dilantik di bawah kerajaan Barisan Nasional yang kehilangan kuasa pada PRU14.

Shahrir juga gagal mengekalkan kerusi Parlimen Johor Bahru yang disandangnya selepas tewas kepada calon PKR Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Sementara Bung Mokhtar mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan dengan majoriti 9,478 undi. – 19 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen