Komponen boleh tinggalkan BN jika mahu, kata MT Umno


The Malaysian Insight

“KAMU boleh tinggalkan BN sekarang jika kamu mahu.”

Itu mesej ringkas kepada parti komponen Barisan Nasional daripada ahli Majlis Tertinggi Umno Bung Mokhtar Radin.

“Saya tidak bimbangkan tentang perpecahan BN kerana kita boleh lihat parti lain langsung tidak menyumbang apa-apa.

“Jadi, apa gunanya mereka kekal bersama kita, jadi sekarang lebih baik mereka tinggakan BN jadi kita tidak perlu bekerja  dengan musuh dalam selimut,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat parti itu di Menara Dato Onn.

Bung Mokhtar berkata walaupun BN akan dikurangkan kepada pasukan kecil ia masih akan kuat.

“Saya tidak minta semau orang untuk pergi tetapi mereka yang maish mahu bersama kami boleh teruskan tetapi mereka yang mahu pergi, boleh pergi,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke 14, Umno hanya memenangi 54 kerusi Parlimen manakala MIC menang dua kerusi dan MCA hanya kekalkan satu kerusi dan Gerakan langsung tiada.

Angka itu tidak termasuk parti komponen lain di Sabah dan Sarawak. – 19 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen