PERDANA Menteri Singapura Lee Hsien Loong tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana untuk bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebentar tadi.
Pertemuan antara dua pemimpin negara berjiran itu dikatakan untuk membincangkan masa depan kerjasama diplomatik kedua-dua negara.
Dalam lintas langsung yang disiarkan menerusi akaun Facebooknya, beliau dilihat menandatangani buku tetamu di situ sebelum bertemu Dr Mahathir untuk perbincangan.
Dilaporkan yang Lee dalam persidangan Parlimen Singapura Rabu lalu mengatakan Singapura perlu memberikan perhatian kepada hubungan diplomatik dengan Malaysia.
“Kami berharap Malaysia stabil dan makmur. Kami menikmati hubungan baik dengan Malaysia di bawah bekas PM Najib Razak dan bekerjasama dalam projek besar yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara,” katanya.
Lee ditemani Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan. – 19 Mei, 2018.
Komen