BEG tangan, wang tunai, barang kemas dan aset lain yang dirampas dalam siasatan 1MDB mungkin berbilion lebih banyak berbanding yang dirompak bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos, kata Anwar.
1Malaysia Development Berhad (1MDB) dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak, dia dituduh menggelapkan berbilion dana negara itu.
Anwar, ketua umum PKR yangt baru dibebaskan memberitahu Financial Times yang “kami mungkin akan mencatat rekod melebihi Imelda dan lain-lain”, katanya merujuk kepada Marcos dan isteri.
Rabu lalu, polis menyerbu beberapa premis dikaitkan dengan Najib dan isteri, Rosmah Mansor, merampas 284 beg tangan berjenama termasuk beg Hermes Birkin dan Louis Vuitton dan 72 beg dipenuhi barang kemas, wang tunai dan emas daripada kondominium, Pavilion Residences terletak di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur.
Serbuan itu adalah sebahagian daripada siasatan 1MDB, diarahkan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. Minggu lepas, Jabatan Imigresen Malaysia menyenaraihitamkan Najib dan Rosmah daripada meninggalkan negara.
Pada 1986, Marcos dan Imelda melarikan diri ke Hawaii. Dalam keadaan terburu-buru meninggalkan Istana Malacanang, Imelda meninggalkan ribuan barangan kemas, pakaian berjenama dan hampir 1,200 pasang kasut.
Di Kuala Lumpur, Anwar memberitahu FT yang skala korupsi 1MDB “mengelegakkan kepala otak”.
“Mereka ini tak berapa betul,” katanya.
Anwar dibebaskan dari penjara Rabu lepas selepas menjalani hukuman penjara tiga tahun kerana liwat- pertuduhan yang didakwanya bermotifkan politik.
Dr Mahathir mengumumkan jawatankuasa bebas menyiasat skandal kehilangan berbilion dolar 1MDB, skandal kleptokrasi paling buruk pernah berlaku di dunia. – 19 Mei, 2018.
Komen