Prestasi bon 1MDB naik minggu ini


The Malaysian Insight

BON 1Malaysia Development Berhad (1MDB) naik 17% minggu ini ketika Perdana Menteri Malaysia yang baru Dr Mahathir Mohamad mula menyambung siasatan korupsi dana pelaburan itu, lapor Bloomberg.

Bon 1MDB yang akan matang pada 2023 menunjukkan prestasi terburuk minggu lepas. Tetapi, susulan pengumuman Dr Mahathir yang sebuah jawatankuasa ditubuhkan pada Khamis untuk menyiasat kehilangan berbilion dolar dana 1MDB, prestasinya naik berbanding bon lain di negara membangun, kata laporan itu.

1MDB diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak yang dituduh menggelapkan berbilion ringgit dana itu, skandal yang disifatkan Jabatan Kehakiman AS (DoJ) sebagai “kleptokrasi terburuk”.

Enam premis yang mempunyai kaitan dengan Najib diserbu minggu ini dalam siasatan kehilangan US$4.5 bilion (Rm18 bilion) dana pelaburan negara itu. Polis merampas beg tangan berjenama, wang tunai dan barangan kemas dari premis ini.

Najib sedang disiasat kerana salah guna kuasa. – 19 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen