Najib balik ke rumah selepas solat terawih


The Malaysian Insight

BEKAS perdana menteri Najib Razak baru sahaja tiba di rumahnya selepas menunaikan solat terawih.

Dua kereta mengiringi kenderaan beliau bersama dua polis pengiring.

Terdahulu, polis telah berjaya membuka peti besi lama di rumah Najib di Jalan Langgak Duta selepas cuba menggerudi lebih daripada 24 jam.

Peguam Najib, Harpal Singh Grewal berkata peti itu mengandungi beberapa keping wang lama dan mata wang asing.

Polis telah cuba membuka peti itu sejak 8.30 pagi semalam.

Beberapa ahlli Umno seperti Ketua Pemuda Umno Pahang Mohd Shafar Abdullah, Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim dan bekas menteri besar Kedah Ahmad Bashah Md Hanipah juga kelihatan di kediaman Najib hari ini.

Penggeledahan bermula sejak Rabu dan Harpal berkata Najib disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram. – 18 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen