Tiada tekanan untuk Dr Mahathir lepaskan portfolio pendidikan, kata sumber


The Malaysian Insight

TIADA tekanan diberikan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk beliau melepaskan portfolio pendidikan, kata sumber daripada Pakatan Harapan (PH).

“Isu itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH pada Khamis.

“Namun semasa sesi dialog bersama pengamal media PH, perdana menteri itu berkata yang beliau bersedia untuk melepaskan portfolio pendidikan kepada orang lain,” kata sumber itu.

Sumber itu berkata Dr Mahathir mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan tersebut dan menyerahkannya kepada Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik selepas bermesyuarat dengan Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Semalam, Dr Mahathir mengumumkan yang beliau akan memegang portfolio pendidikan.

Keputusan itu, bagaimanapun, mendapat tentangan pelbagai pihak, yang mengingatkan semula manifesto PH yang menghalang perdana menteri memegang lebih daripada satu portfolio. – 18 Mei, 2018.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen