PIHAK polis berjaya membuka peti besi berusia di rumah Najib hari ini selepas lebih sehari cuba menggerudi.
Peguam kepada bekas perdana menteri itu berkata peti lama itu mengandungi beberapa keping wang lama dan mata wang asing.
“Ya (peti besi sudah dibuka) hanya beberapa keping wang.
“Wang lama dan mata wang asing,” beliau memberitahu Malaysia Decides.
Semalam, Harpal memberitahu polis telah mencuba menggerudi peti itu sejak 8.30 pagi.
Pegawai polis mula menggeledah rumah Najib sejak Rabu dan Harpal berkata bekas perdana menteri itu sedang disiasat di bawah
Polis telah cuba membuka peti itu sejak 8.30 pagi semalam.
Beberapa ahlli Umno seperti Ketua Pemuda Umno Pahang Mohd Shafar Abdullah, Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim dan bekas menteri besar Kedah Ahmad Bashah Md Hanipah juga kelihatan di kediaman Najib hari ini.
Penggeledahan bermula sejak Rabu dan Harpal berkata Najib disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram. – 18 Mei, 2018.
Komen