Undang-undang tak halang Azmin jadi MB Selangor dan menteri Pusat


The Malaysian Insight

UNDANG-undang tak menghalang Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor dan Menteri Persekutuan, kata peguam Syahredzan Johan.

Bagaimanapun, Syahredzan berkata sebaik-baiknya Azmin memilih salah satu daripada jawatan berikut.

“Undang-undang tak halang Azmin untuk pegang dua-dua jawatan.

“Tapi lebih kepada persepsi, kerana tanggungjawab dua-dua jawatan itu berat, Azmin kena pilih salah satu,” kata Syahredzan kepada Malaysia Decides.

Dalam satu kenyataan hari ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pelantikan anggota Kabinet yang akan mengangkat sumpah pada Isnin.

Antaranya ialah Azmin yang dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Azmin sebelum ini sudahpun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor.

Selain Azmin berikut adalah senarai penuh diumumkan Dr Mahathir:

PERDANA MENTERI

Dr Mahathir bin Mohamad (Bersatu - Langkawi)

TIMBALAN PERDANA MENTERI

Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR - Pandan)

Bersatu

Menteri Dalam Negeri:

Muhyiddin Yassin (Pagoh)

Menteri Pendidikan:

Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)

Menteri Pembangunan Luar Bandar:

Rina Harun (Titiwangsa)

PKR

Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga:

Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pandan)

Menteri Hal Ehwal Ekonomi:

Mohamed Azmin Ali (Gombak)

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan:

Zuraida Kamaruddin (Ampang)

DAP

Menteri Kewangan:

Lim Guan Eng (Bagan)

Menteri Pengangkutan:

Anthony Loke Siew Fook (Seremban)

Menteri Komunikasi dan Multimedia:

Gobind Singh Deo (Puchong)

Menteri Tenaga Manusia:

M Kulasegaran (Ipoh Barat)

Amanah

Menteri Pertahanan:

Mohamad Sabu (Kota Raja)

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani:

Salahuddin Ayub (Pulai)

Menteri Kesihatan:

Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) – 18 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen