SERAMAI 13 menteri Kabinet baharu yang dipimpin Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dijangka akan mengangkat sumpah jawatan pada Isnin depan.
Satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari ini menyatakan, cadangan pelantikan anggota Kabinet tersebut telahpun dipersetujui Yang di-Pertuan Agong selepas dipersembahkan oleh Dr Mahathir hari ini.
Senarai itu juga menujukkan bahawa parti DAP mendapat agihan jawatan menteri paling banyak.
Tiga parti komponen Pakatan Harapan yang lain mendapat agihan sama banyak iaitu tiga jawatan menteri.
Ia turut menunjukkan bahawa perdana menteri Dr Mahathir Mohamad juga tidak jadi menjawat jawatan menteri pendidikan selepas bantahan meluas.
Sebaliknya, ahli parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik dilantik ke jawatan tersebut.
Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail yang juga timbalan perdana menteri turut dilantik ke jawatan menteri wanita dan pembangunan keluarga.
Tiga lantikan jawatan menteri kanan, untuk portfolio kewangan, pertahanan dan dalam negeri bagaimanapun kekal seperti diumumkan sebelum ini.
Berikut adalah senarai penuh lantikan menteri kabinet mengikut parti.
1. Perdana Menteri: Dr Mahathir Mohamad (Bersatu, Langkawi)
2. Timbalan Perdana Menteri: Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR, Pandan)
Bersatu
3. Menteri Dalam Negeri:
Muhyiddin Yassin (Pagoh)
4. Menteri Pendidikan:
Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)
5. Menteri Pembangunan Luar Bandar:
Rina Harun (Titiwangsa)
PKR
6. Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga:
Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pandan)
7. Menteri Hal Ehwal Ekonomi:
Mohamed Azmin Ali (Gombak)
8. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
Zuraida Kamaruddin (Ampang)
DAP
9. Menteri Kewangan:
Lim Guan Eng (Bagan)
10. Menteri Pengangkutan:
Anthony Loke Siew Fook (Seremban)
11. Menteri Komunikasi dan Multimedia:
Gobind Singh Deo (Puchong)
12. Menteri Tenaga Manusia:
M Kulasegaran (Ipoh Barat)
Amanah
13. Menteri Pertahanan:
Mohamad Sabu (Kota Raja)
14. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Salahuddin Ayub (Pulai)
15. Menteri Kesihatan:
Dr. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) – 18 Mei, 2018.
Komen