Masih terlalu awal tentukan nilai rampasan, kata polis


The Malaysian Insight

JUMLAH keseluruhan barangan yang disita dari dua unit kediaman mewah di Pavillion Residence di Kuala Lumpur pada awal pagi ini masih belum diketahui, kata polis.

“Saya rasa ia pramatang… terlalu awal untuk mengesahkan atau menafikan barang-barang yang dirampas,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh seperti dipetik Malaysiakini.

Sin Chew Daily melaporkan yang polis merampas 100kg bar emas dan lebih RM100 juta wang tunai.  

Pemberita setia menunggu di luar kediaman peribadi Najib Razak sejak polis menggeledah premis berkenaan pada Rabu.  

Proses menggeledah turut dilakukan di pejabat lama beliau di Putrajaya termasuk di beberapa unit kediaman di Pavilion Residences yang menyaksikan polis menyita 284 beg tangan dan 72 beg berisi wang tunai dan barang kemas yang memuatkan lima lori.

Polis kini sedang berusaha membuka peti keselamatan yang dikatakan berusia lebih 20 tahun di rumah Najib.

Serbuan ke atas ke semua unit yang dikaitkan dengan Najib itu adalah sebahagian daripada siasatan yang dijalankan pihak berkuasa terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – 18 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen