Kejatuhan dan kebangkitan taikun dalam perubahan rejim di Malaysia


The Malaysian Insight

ANDA boleh melihatnya sebagai permainan rebut kerusi apabila kerajaan berubah tangan di Malaysia, walaupun dalam gabungan pemerintahan yang sama.

Selepas prestasi buruk Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi pada 2008, Patrick Lim tahu saat kegemilangannya sudah berakhir.

Lelaki yang membangunkan projek Equine Park dan menganjurkan Piala Monsun terpaksa menjual projek kontroversinya, Penang Global City Centre dan kepentingan lain kepada Desmond Lim dari Malton, seorang pemaju yang baik dengan Najib Razak.

Selepas Najib menjadi perdana menteri pada April 2009, Desmond dan isterinya, Cindy Lim menjadi pasangan berkuasa paling rapat dengan Najib dan isterinya, Rosmah Mansor. Dan syarikatnya Malton membina beberapa kondominium mewah terbaik di bandar, termasuk Pavilion Residences di kawasan membeli-belah mewah Bukit Bintang.

Ia adalah Pavilion Residences yang sama di mana polis semalam mengangkut 72 beg berisi wang tunai, barang kemas dan 284 beg tangan mewah daripada dua unit kondominium.

Beg dalam kotak oren khas daripada jenama mewah Hermes ditandakan sebagai “Fr Cindy Lim” dengan pihak polis yang mempunyai beberapa troli pasaraya untuk membawa semua kotak untuk diisi dalam lima lori polis.

Difahamkan unit kondominium itu milik Desmond, seorang jutawan yang mempunyai kaitan  dengan pemerintah elit di Malaysia.

Dalam era Najib, beliau melonjak daripada menjadi pemegang utama saham Pusat Beli Belah Pavilion kepada pengambilalihan WCT Holdings Bhd, yang memiliki tiga pusat membeli-belah lain di Lembah Klang.

Daripada rekod awam, Desmond dan Cindy memiliki 37% daripada Amanah Pelaburan Harta Tanah Pavilion, dengan aset utamanya Pavilion Mall.

Beliau juga mempunyai pegangan saham 12.85% di Nan Hai yang disenaraikan di Hong Kong, yang mempunyai unit pembuatan dan penjualan produk penjagaan kecantikan Crabtree and Evelyn serta kepentingan dalam pembuatan barangan pengguna elektronik dan pembangunan hartanah.

Tiada apa menunjukkan Desmond melakukan sebarang kesalahan atau pihak berkuasa menyiasatnya. Malah, pihak polis tidak mahu mengenal pasti pemilik unit kondominium, dengan mengatakan ia tidak relevan dengan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, ini adalah Malaysia dan melalui pengalaman perubahan rejim pada masa lalu, mereka yang rapat dengan pemimpin yang keluar sering mendapati diri mereka dipinggirkan.

Tetapi memandangkan kerajaan Dr Mahathir yang baru terus bercakap tentang kedaulatan undang-undang, Desmond dan orang-orang yang dekat dengan Najib dan isteri pastinya berharap mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin yang keluar bukanlah jenayah di bawah pentadbiran ini. – 18 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen