Mahdzir Khalid datang rumah Najib


The Malaysian Insight

BEKAS Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid tiba di kediaman peribadi Najib Razak di Taman Duta, ditemani individu tidak dikenali.

Mahdzir tiba pada jam 10.43 pagi tadi dan melapor diri di Pondok Polis Bergerak yang diletakkan di jalan menuju rumah Najib.

Lima kereta kemudiannya meninggalkan kediaman itu selepas ketibaan Mahdzir.

Awal hari ini pada jam 9.30 pagi, empat kereta polis dan dua motosikal peronda tiba di kediaman bekas perdana menteri itu.

Pada PRU14, Mahdzir menang di Parlimen Padang Terap dengan majoriti undi 16,384.

Beliau mengalahkan calon PAS Mohd Azam Abd Majid @ Abd Aziz dan calon PH Mohd Khairizal Khazali. – 18 Mei, 2018.

 




 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen