PETI besi yang cuba dibuka polis sekarang di rumah Najib Razak adalah sama seperti yang biasa didapati kedai lama Cina, kata peguam Najib, Harpal Grewal Singh.
Peguam itu menambah yang peti besi itu berukuran dua darab dua kaki dan “ia peti besi kecil biasa, yang awak selalu nampak di semua kedai lama Cina.”
Harpal kemudian diminta menggambarkan peti besi itu dan mengapa ia tidak boleh dibuka memandangkan ia adalah “peti besi kecil biasa”.
“Pagi ini saya ada kerja lain, jadi saya tak pasti sama ada polis masih gerudi atau tak,” katanya kepada Malaysia Decides.
Polis berusaha sejak pagi semalam untuk membukanya. Dua tukang kunci juga di bawa masuk tetapi masih gagal.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Amar Singh berkata polis masih tidak berjaya membuka peti besi yang ditutup sejak 20 tahun itu.
Awal hari ini, empat kereta polis dilihat memasuki kawasan rumah Najib di Taman Duta. Tidak dapat disahkan sama ada mereka membawa seorang lagi tukang kunci untuk membuka peti besi itu.
Malaysia Decides sedang berusaha mendapatkan maklumat daripada polis. – 18 Mei, 2018.
Komen