Jawatankuasa siasat 1MDB ditubuhkan


The Malaysian Insight

MAJLIS Penasihat Kerajaan menubuhkan jawatankuasa berasingan bagi menyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Jawatankuasa itu adalah bekas peguam negara Abu Talib Othman, Rakan Kongsi Risk Assurance Services PwC Nik Shahrizal Sulaiman, Rakan Kongsi Kanan, Naqiz & Partners Syed Naqiz Shahabuddin Syed Abdul Jabbar, Penasihat Kanan Otoritas Jasa Keuangan Indonesia Faris Rabidin, Centre to Combat Corruption and Cronyism Cynthia Gabriel.

“Sehingga dan melainkan jika isu 1MDB diselesaikan, akan ada soalan-soalan yang menghakis keyakinan orang ramai terhadap kerajaan dan institusi-institusinya,” kata jawatankuasa itu dalam kenyataan.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberitahu pemberita semalam bahawa 1MDB menanggung hutang lebih RM42 bilion.

“Terdapat lebih banyak kesalahan, yang anda dan saya dan orang awam tidak tahu, berhubung apa yang berlaku terhadap 1MDB,” kata Dr Mahathir.

Kediaman dan pejabat bekas perdana menteri Najib Razak digeledah polis sejak semalam. Dalam operasi yang berlanjutan selama 12 jam, polis membawa keluar dokumen dan barangan peribadi daripada rumah dan pejabat berkenaan, termasuk barang kemas.  – 17 Mei, 2018.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen