AS sambut baik pembebasan Anwar


The Malaysian Insight

AMERIKA Syarikat (AS) menyambut baik pembebasan dan pengampunan penuh Anwar Ibrahim semalam.

“Kami gembira kerana beliau sudah bersatu semula dengan keluarganya,” kata Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan, sambil menambah sabitan Anwar pada 2015 dan penahanan berikutnya menimbulkan “kebimbangan serius” mengenai kedaulatan undang-undang di Malaysia.

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan Malaysia yang baru untuk mengukuhkan perkongsian komprehensif antara AS-Malaysia,” kata kenyataan itu.

Anwar dibebaskan lewat pagi semalam dan menerima pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong.

Beliau disambut oleh puluhan ribu penyokong di Padang Timur, Petaling Jaya pada waktu petang, di mana beliau mengulangi sokongannya terhadap kepimpinan Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga menyokong pelantikan pemimpin komponen Pakatan Harapan bagi jawatan tertinggi termasuk Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan.

Anwar dipenjarakan kali kedua pada 2015 kerana tuduhan meliwat seorang pembantunya. Bekas timbalan perdana menteri itu berpendapat pertuduhan itu bermotifkan politik. – 17 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen