Musa Aman saman Shafie Apdal, Yang Dipertua Negeri Sabah


The Malaysian Insight

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah Musa Aman memfailkan writ saman terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Mohd Shafie Apdal.

Saman berkenaan difailkan menerusi firma guaman Messrs FT Ahmad & Co.

Musa sedang mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau kekal sebagai ketua menteri yang sah.

Musa juga mencabar pengakuan sumpah Shafie sebagai ketua menteri oleh Juhar yang dianggapnya sebagai tidak berperlembagaan.

Writ saman itu juga menghendaki pengisytiharan bahawa semua tindakan oleh Mohd Shafie yang dikatakan sebagai ketua menteri ketika ini sebagai batal, tidak sah dan tiada kesan.

Mengikut Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, kedua-dua defendan mempunyai tempoh masa 14 hari untuk memberi maklum balas terhadap writ berkenaan.  – 17 Mei, 2018.



 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen