PEMIMPIN Barisan Nasional (BN) yang menjadi sebahagian daripada kerajaan terdahulu tidak akan diterima dalam Pakatan Harapan (PH), kata Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, beliau berkata Adun dan anggota Parlimen yang mahu menyertai PH perlu terlebih dahulu meninggalkan BN.
“Mereka perlu tinggalkan parti. Mengisytiharkan diri mereka sebagai calon bebas dan selepas itu barulah mereka boleh menyertai kami.
“Bagaimanapun, kami sudah memutuskan pemimpin BN yang sebelum ini berada dalam kerajaan tidak akan diterima dalam PH. Mungkin di masa depan kita boleh menyemak semula perkara ini,” kata beliau selepas mesyuarat majlis presiden PH.
Keputusan Majlis PH itu susulan kritikan mengenai rancangan anggota komponen PH untuk menerima pembelot daripada parti BN. – 17 Mei, 2018.
Komen